Tanda-tanda besar:
Hijaunya bumi Arafah.
Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah
atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
Munculnya nabi-nabi palsu yang ke 40.
Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
3 kali gempa bumi.
Bermulalah kekuasaan Dajjal.
Munculnya Imam Mahdi.
Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.
Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
Matahari terbit dari ufuk barat.
Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua
Tanda-tanda kecil
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan
terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis
ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.
Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."
Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari[1] ”
Zina bermaharajalela[perlu rujukan]
“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.
" - Sahih Muslim ”
Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik[perlu rujukan]
Bermaharajalela alat muzik[perlu rujukan]
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
"Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik)
dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
Menghias masjid dan membanggakannya[perlu rujukan]
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga
tidak baik[perlu rujukan]
“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
- Riwayat Ahmad dan Hakim ”
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]
Ramai orang soleh meninggal dunia[perlu rujukan]
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang
yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf
dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
Orang hina mendapat kedudukan terhormat[perlu rujukan]
“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
- Riwayat Thabrani ”
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja[perlu rujukan]
“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]
“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian
wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”
Bulan sabit kelihatan besar[perlu rujukan]
“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang
datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu
dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana
itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
- Sahih Muslim ”
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan
disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang
rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa[perlu rujukan]
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
[perlu rujukan]
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar."
- Riwayat Bukhari ”
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
[perlu rujukan]
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan
warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga."
- Sahih Abu Daud & Nasai ”
Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut,
termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
-hadis bawah-
Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek
dalam masyarakat.
-hadis bawah-
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan
dengan yang rapat dan disayangi.
-hadis bawah-
Orang akan melakukan homoseksual.
-hadis bawah-
Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)
Berkurangnya sifat amanah
-hadis bawah-
Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
-hadis bawah-
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
-hadis bawah-
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
-hadis bawah-
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
-hadis bawah-
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
-hadis bawah-
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut
akan kejahatannya
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum)
dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat
menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya,
berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya,
suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa)
adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan
orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka,
seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik,
orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk)
umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan
angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau
tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan".
- Riwayat Tarmizi ”
[perlu rujukan]
Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
-hadis bawah-
Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
-hadis bawah-
Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
-hadis bawah-
Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila
telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh,
ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan,
tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim,
orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan
seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun
orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
[perlu rujukan]
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya.
(Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat:
Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar
dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang"
- Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
[perlu rujukan]
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah
putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling
buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)."
- Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
[perlu rujukan]Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan
terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar
dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" -
Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”
[perlu rujukan]
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari[2] dan Muslim ”
Banyaknya berlaku gempa bumi[2]
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2] ”
Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
-hadis bawah-
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy. ”
