Photobucket
budak PMR mengadu
click on the dropdown menu to navigate through this blog

KARMA ?
Tuesday, March 13, 2012 ★ 6:23 AM │ (0) angels

Apa maksud karma sebenarnya? Apa benda karma tu? Boleh ke kita percaya pada hukum karma ni?

Perkataan karma itu sendiri merupakan satu perkataan dari agama Buddha yang menjelaskan tindakan atau perilaku kita baik dari segi perbuatan, pemikiran mahupun ucapan dengan niat baik atau buruk pasti akan menerima balasannya kelak.

Karma jika diperluaskan penggunaannya merupakan suatu kejadian di mana setiap perbuatan kita yang bertujuan baik mahupun jahat akan beroleh hasil yang setimpal dengan apa yang dibuat. Senang cerita, "buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat". Ada pula mengatakan wujudnya hukum karma dalam kehidupan manusia. Dari mana datangnya hukum ini? Adakah ia satu hukum ciptaan manusia atau sebaliknya? Bagi saya (bukanlah seorang alim yang mendalami ilmu agama, bukan juga cendikiawan yang menelaah setiap baris ayat), karma dalam kehidupan muslim seperti saya hanyalah satu perkataan yang dipinjam atau dicedok dari sumber lain yang menerangkan maksud yang sama iaitu setiap perbuatan kita di muka bumi Allah ini akan mendapat balasan yang setimpal dengannya.

Maka, bolehkah kita percaya pada hukum karma? mm..saya ubah, bolehkah kita percaya adanya karma? saya lebih suka gunakan ia tanpa hukum, sebab bagi saya ia bukan hukum tapi ia merupakan peraturan hidup. Kita selalu lihat karma dijadikan kisah-kisah berbentuk teladan dalam penceritaan orang-orang lama. Contohnya Kisah Si Tanggang; menceritakan tentang sikap si anak yang menderhaka kepada ibu kandungnya sendiri dan akhirnya malapetaka yang menimpa dirinya akibat perbuatan derhakanya, ibunya berdoa dan memohon kepada tuhan moga anaknya mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatannya dan Si Tanggang akhirnya bertukar menjadi batu. Moralnya..? mm...orang jahat akan mendapat balasan yang tak baik..Cerita apa lagi ek? haa..Cerita bawang merah bawang puteh; mengenai kisah adik beradik tiri, seorang yang berkelakuan baik, seorang lagi jahat. Akhir cerita yang baik akan menerima balasan yang baik, dan yang jahat pula menerima balasan yang jahat. Masih sama, ia berkisar tentang peraturan hidup.

Akan tetapi, dalam Islam ada ke karma ni? Insya-Allah, saya cuba mencari satu implikasi yang hampir tepat (tiada yang paling tepat melainkan dengan keizinan-Nya). Saya jumpa sepotong ayat yang bermaksud:-

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini."
( Al-Furqaan 25:63 )

Orang selalu kata, buat baik dibalas baik buat jahat dibalas jahat. Kita ubah, biar orang yang jahat tu kita doa semoga dia beroleh sejahtera dan sedar akan perbuatan die yang silap tu dan perbaiki kesilapan dia yang lalu. Cukup kuatkah orang kita (yang penuh hasad di dada ni) untuk mendoakan kebahagiaan orang yang berbuat jahat tu?

OK...ni cerita saya sebenarnya..tentang seseorang dalam kehidupan saya. 2 minggu yang lepas, seseorang yang saya kenal terlibat dalam satu kemalangan kecil, akibatnya penunggang dan pembonceng motosikal jatuh dan luka-luka di badan. Syukur alhamdulillah takde la patah mana-mana. Tapi..mereka yang cedera tu orang tua, sepasang suami isteri yang tinggal berdua di rumah kecil kat satu kampung yang x glemer di daerah saya. Mana pulak saya tahu? Allah tu Maha Besar..siapa mereka dan apa hubungan mereka dengan saya biarlah saya simpan je. Ni kisah orang yang melanggar ni, lepas dia dah langgar dua orang tua tadi tu, ditinggalnya saje kat tepi jalan kemudian ada hamba Allah yang bertanggungjawab membantu mereka hingga selamat di bawa ke hospital. Waktu saya balik kampung baru-baru ni, saya sempat melawat makcik tu, luka baru nk kering tapi memandangkan makcik tu ada kencing manis, keadaan kesihatan dia membimbangkan juga. Di buku lali sebelah kanan berjahit akibat luka terkoyak yang agak dalam, dan kesan hentakan jatuh dari motosikal tu kaki makcik tu bengkak. Mungkin disebabkan usia tua juga, pergerakan makcik tu terbatas, dia nak ke tandas di usung oleh anak. Kesian...sedih..bayangkan kalau perkara tu menimpa ahli keluarga kita? nauzubillah.....orang yang langgar tu? huh...orang ada wang...dunia ni, wang segalanya..esok lusa mati..wang boleh buat beli nyawa lagi satu ker??

Sudahlah tak dijenguk, bersikap angkuh, takde perikemanusiaan ke? Manusia ni ada bermacam-macam jenis. Sedangkan dalam satu keluarga, setiap anak punya karektor berlainan, jika dicampur aduk pula dengan keluarga lain, acuan lain. cara asuhan lain, lagilah berbagai ragam setiap satu anaknya. Ibu pujuk suruh dijenguk pasangan tua tu, diorang tu susah..dah lah dah tua, takde punca pendapatan, kini nak bergerak pun da x boleh. Perlu sokongan anak utk bantu die bangun ke tandas. Sedih bila saya tengok makcik tu menitis airmata tempoh hari. Rupanya makcik tu takde anak pun, yang ada cuma anak angkat tu pun mujurlah anak angkat dia baik, sudi tolong jaga makcik tu yg terlantar kat rumah.

Beberapa hari lepas tu, ibu ke masjid mcm biasa tapi satu malam tu ibu balik lambat. Hati dah risau ni, apsal lambat sangat tapi saya diamkan saja tamau pamerkan keresahan tu pada adik. Jam dah lebih 10.30 malam, baru ibu balik dalam keadaan terhincut-hincut. Ibu kata jatuh lam longkang. Saya urut-urut kaki, tamau ia membengkak (walaupun saya ni bukan reti mengurut pun, takut jugak kalau salah urut nanti jadi lain pulak). Esoknya, saya tengok kaki sebelah kiri xla bengkak sangat, tapi buku lali kanan ibu bengkak! Astaghfirullah...saya risau. Tiap-tiap malam sapu kunyit hidup yang ditumbuk tempek-tempek kat kaki pastu balut. Alhamdulillah hari ni saya baru je telefon ibu, khabarnya bengkak kaki semakin surut, lebam-lebam pun dah semakin hilang.

Semua tu dugaan..Allah beri kita dugaan supaya kita beringat. Allah beri kita rahmat supaya kita boleh sebarkan rahmat tu kepada orang lain juga. Jangan salah anggap setiap yang Allah takdirkan untuk kita, semua ada hikmahNya. Bagi saya, apa yang menimpa ibu dan makcik tu, saya anggap ia sebagai dugaan. Dan tentang seseorang yang terlibat lam cerita saya ni pula, saya harap satu hari mereka akan sedar yang hidup di dunia ni cuma sementara, wang dan kemewahan juga hanya sementara, tubuh badan yang sihat juga hanya sementara, ia sekadar pinjaman berbentuk nikmat tanda kasih sayang Allah kepada kita semua...

Sama ada ia tentang karma (buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat) ataupun tidak, bagi saya kehidupan di muka bumi Allah ni ada peraturannya. Saya lebih suka kepada pepatah orang lama kita.."buat baik berpada-pada..buat jahat jangan sekali"...bagi saya itu lebih baik. Hari pun dah petang...saya pun dah penat menaip utk 1st entry saya di bulan Februari ni, yg baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan, sorry kalau ade silapnya dalam setiap tulisan saya ni, jgn emosi sangat..jom kite minum petang duluuu....!!! =)

Photobucket
OLDER POST | NEWER POST
Pieces Of Me
meet the big beauty boss

I am Nur Syafieqah Kamaruddin love all about korea, already taken by CAPITAL'S, PMR candidate 2012 ♥ Kuala Selangor. This is my blog so follow my rules guys :)
Tagboard
leave your message here and i'll pay you a visit later

Shoutbox

ShoutMix chat widget
Links & Contacts
the great escapes to a beautiful land

Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend Friend

Facebook nur syafieqah
Twitter nur syafieqah
Blogskin nurul ain
Layout (c) sweet.m!sery
Re-edited by nurul ain
Icons from reviviscent
Resources: sea shells